Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong kesal dengan jawapan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam soalan tambahan di Dewan Rakyat berhubung Koperasi Jayadiri Sdn Bhd (Kojadi) milik MCA yang didakwa menerima dana 1MDB.
Wee menyifatkan kenyataan Lim itu fitnah dan tidak bersandarkan kepada fakta.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.