Kerajaan tidak menganak tirikan mana-mana negeri, sebaliknya jajaran baharu projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan memberikan pertumbuhan ekonomi kepada negeri terlibat, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata keputusan untuk tidak meneruskan projek beberapa stesen adalah berikutan ia tidak memberi nilai pulangan yang besar pada masa ini.
"Tetapi kita tidak menolak kemungkinan jika ada permintaan baru mungkin kita akan bangunkan yang baru di masa akan datang", katanya semasa menjawab soalan tambahan Anggota Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang).