PATTANI, THAILAND 6 Julai - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh hari ini merasmikan prapelancaran kompleks beli belah, ASEAN MALL di Pattani Jaya di sini.
Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Rodziah Ismail dan Presiden Kumpulan Uniti Asia, Datuk Jamal Mohd. Amin.