Malaysia jadi sasaran EU hal pemuliharaan hutan

2019-07-05 744

Ahli Parlimen dari Jerman, Christoph Hoffman pula berkata, EU tidak meletakkan Malaysia atau minyak kelapa sawit sebagai sasaran, namun ia hanya lebih kepada memelihara hutan dan alam sekitar.

“Saya fikir ia hanya garis am yang kita fikir bahawa biodiesel tidak akan menjadi masa depan untuk enjin pengangkutan dan pembakaran.

“Ini kerana kami (Jerman) melalui proses yang sama dan kami mencubanya dengan ladang pertanian di Jerman untuk menghasilkan biodiesel tetapi itu bukan idea yang baik,” katanya kepada pemberita selepas forum.

Bagaimanapun, apabila diminta mengulas mengenai Akta Perwakilan EU yang dilihat sebagai berat sebelah itu, beliau setuju bahawa EU sewajarnya meneliti tanaman biodiesel lain yang turut menjurus kepada penebangan hutan.

“Saya rasa ia tidak begitu adil untuk meletakkan pertimbangan kepada biodisel lain dan ia perlu dilihat sebaik mungkin seperti kacang soya, di mana penebangan hutan juga dilakukan.

“Jadi mungkin, perundingan itu tidak cukup dan tidak dilakukan dengan betul. Tapi ia sudah tiba masanya untuk berbincang mengenainya semula,” katanya.