Ahli Parlimen Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man menolak usul pengisytiharan harta di kalangan wakil rakyat kerana merasakan ia perlu diteliti terdahulu sebelum dibentang.
Beliau berkata demikian pada perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, kata Tuan Ibrahim, tiada keperluan bagi ahli parlimen pembangkang untuk mengisytiharkan harta, memandangkan mereka tiada akses kepada projek-projek melibatkan kerajaan.