Agong turun dari kenderaan rasmi beri bantuan mangsa kemalangan

2019-06-26 17,452

Beberapa keping gambar tular di media sosial memaparkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah mencemar duli turun memberi bantuan kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya di Putrajaya hari ini.

Memetik Instagram istana_negara, Seri Paduka turun dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa iaitu Jasliza Jamil.

"Alhamdulillah pemandu kenderaan terbabit, Jasliza Jamil tidak mengalami kecederaan yang serius.

"Seri Paduka Baginda Tuanku kemudiannya meneruskan perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya. Daulat Tuanku," maklum akaun Instagram itu hari ini.