Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berpandangan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin wajar menghormati keputusan mesyuarat biro politik parti itu yang membincangkan isu video seks yang mengaitkan timbalan presiden Mohamed Azmin Ali itu.
Ini susulan kenyataan Zuraida bahawa jika beliau menjadi presiden parti itu, sudah lama Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz dipecat.
Kata Saifuddin, terpulang kepada pimpinan untuk mengemukakan tindakan ekoran kenyataan Zuraida bagi dirujuk ke Lembaga Disiplin parti.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.