KESAN daripada perang saudara di sesebuah negara sebenarnya lebih dahsyat berbanding bencana alam. Perang sedemikian bukan hanya meruntuhkan sosioekonomi negara berkenaan tetapi turut memberi kesan kepada negara sekitar.
Antaranya, limpahan migrasi daripada penduduk negara bergolak itu menyebabkan jirannya terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk mengendalikan pelarian perang tersebut.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila negara jirannya itu turut tidak stabil dari segi sosio ekonomi. Antaranya adalah Somaliland yang terletak dalam wilayah Somalia tetapi mendapat kuasa autonomi sepenuhnya daripada kerajaan Somalia.