Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan cubaan pihak tertentu yang mengaitkan dirinya dalam penyebaran klip video lucah lelaki yang dikaitkan dengan seorang menteri, melalui hantaran kumpulan WhatsApp, semalam.
Kata Najib, nombor yang tertera dalam kumpulan WhatsApp itu bukan kepunyaannya.
Beliau berkata demikian dalam status yang dimuat naik di Facebooknya semalam.