Lelaki dalam video intim buat pengakuan

2019-06-11 45,657

Lelaki yang dikaitkan dengan video intim bersama seorang lagi lelaki didakwa sebagai menteri kabinet membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi tersebut.

Pengakuan itu dibuat melalui akaun Facebooknya yang dimuatnaik sekitar jam 3.30 pagi.

Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga setiausaha sulit kanan Shamsul Iskandar Md Akin itu mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.

Shamsul Iskandar ialah anggota parlimen Hang Tuah Jaya yang dilantik menjadi timbalan menteri di Kementerian Industri Utama selepas PH menawan Putrajaya pada 11 Mei tahun lalu.

"Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama [...] dalam video yang telah viral semalam.



Menurut Haziq, 27, yang juga lepasan jurusan undang-undang berkata dia berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu menyiasat menteri terbabit.

"Saya menggesa SPRM untuk menyiasat [...] atas tuduhan korupsi.

"Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin," katanya yang pernah menjadi aktivis kumpulan mahasiswa.

Malaysiakini juga sudah menghubungi Haziq untuk mendapatkan kenyataannya mengenai pengakuan tersebut.