Ummah buat laporan polis, dakwa AG kacau ganggu prosiding inkues Adib

2019-05-30 603

Gerakan Pembela Ummah dan beberapa NGO lain meminta polis agar Tommy Thomas disiasat di bawah seksyen 212 Kanun Keseksaan berkemungkinan melindungi pesalah (melalui kacau ganggu ke atas prosiding inkues Adib)

Dibawah Seksyen 219 Kanun Keseksaan, berkemungkinan menggunakan jawatan awamnya sebagai peguam negara dengan cara tidak jujur dan jahat membuat laporan, perintah dan/atau keputusan dalam prosiding inkues tersebut bagi menindas keadilan dalam prosiding tersebut

Dia juga menyebut Tommy disiasat di bawah akta SPRM kemunginan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Peguam Negara.

UMMAH dalam siaran akhbarnya memberitahu seolah olah Peguam Negara mempunyai pendirian sendiri dalam inkues Adib dan seolah mengarahkan Syazlin menarik diri kerana tindakannya bertentangan dengan pendiriannya.

"Ini adalah penyalahgunaan kuasa yang serius dan boleh membawa kepada ketidakadilan (miscarriage of justice).

Free Traffic Exchange