Ibrahim Ali balas sindiran Dr M

2019-05-29 1

Sindiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai penubuhan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dibalas dengan sindiran oleh presidennya, Ibrahim Ali.

Menurut Ibrahim adalah lebih baik sekiranya lebih banyak parti berteraskan Melayuditubuhkan jika itu dimahukan orang Melayu.

Ibrahim berkata demikian kepada KiniTV hari ini.

Namun katanya, yang membezakan Putra dengan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) adalah mereka tidak bersekongkol dengan DAP.

Bersatu merupakan parti serpihan Umno yang dipimpin oleh Mahathir dan ditubuhkan sebelum PRU lalu bagi menentang kerajaan pimpinan Najib Razak.

Parti itu menerima dua keanggotaan iaitu ahli biasa bagi Bumiputera dan ahli bersekutu bagi bukan Bumiputera.

Pada 8 Mei lalu, Putra yang diasaskan Ibrahim menjadi parti terbaru diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Free Traffic Exchange