Pembangkang mendesak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memecat Peguam Negara Tommy Thomas kerana gagal menangani hal keadilan perundangan negara, seperti kes Adib dan Statut Rome.
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob juga mencadangkan agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian Adib.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan di PWTC hari ini.