K'jaan teliti kuota kontraktor Bumiputera untuk projek ECRL

2019-05-27 395

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan meneliti pemohonan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia supaya kerajaan memberikan kuota khas sekurang-kurangnya 20 peratus kepada kontraktor Bumiputera untuk terlibat dalam kerja-kerja awam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

"Kita ada tentukan supaya kontraktor tempatan dapat tempat tetapi sama ada mereka Bumiputera atau bukan Bumiputera belum ditentukan," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada Isnin.