Dr M sebak ketika berucap di hari guru

2019-05-16 2

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berharap guru-guru dapat menunaikan amanah dan kewajipan untuk melaksanakan dasar kerajaan demi masa depan negara.

Dr Mahathir berkata tanpa sokongan guru-guru, amat sukar untuk kerajaan mencapai cita-cita murni dalam pendidikan negara.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Sambutan Hari Guru ke-48 Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang hari ini.

Dr Mahathir kelihatan sebak dan tersentuh ketika mengakhiri ucapan pada majlis itu.