Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpandangan Syiah merupakan fahaman di mana perbedaan itu akan membawa satu kesan yang bahaya kepada umat Islam.
Malah, kata Mohd Asri, Syiah juga mazhab politik yang mana kepimpinannya dikuasai oleh negara Mullah di mana idea kepimpinan dikelilingi daripada keturunan Nabi.
Mohd Asri berkata apabila politik kepartian dikaitkan dengan agama dalam dunia Islam, ia akan mencetuskan fanatik keIslaman seseorang itu.
Beliau berkata demikian dalam tazkirah Ramadhan di Putrajaya pada Rabu.