Bekas perdana menteri, Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira 9 pagi pada hari ke-18 perbicaraan berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.
Dengan bersut warna krim, tertuduh Najib Razak tiba di mahkamah dan duduk di baris depan galeri awam untuk menunggu perbicaraan dimulakan.
Bersama Najib di depan mahkamah ialah pasukan peguam belanya, serta Peguam Negara Tommy Thomas dan anggota pasukan pendakwaan yang lain.
Ketua pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah dilihat tiba di mahkamah tak lama kemudian.