Bermula bilal, kini imam solat sunat tarawih

2019-05-12 3

SHAH ALAM 12 Mei - Siapa sangka dengan hanya pengalaman menjadi bilal sambilan menggantikan datuk saudara sejak usia 12 tahun, kini menjadi imam solat sunat tarawih di Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang, dekat sini bagi mengimamkan puluhan jemaah.

Muhammad Faris Farhan Mohd. Fauzi, 13, merupakan pelajar Maahad Tahfiz Darul Hikmah, Denai Alam, berkata, dia amat terkejut apabila mudirnya, Abdullah al-Hakim Zainon mencadangkan kepadanya untuk menjadi imam bagi solat sunat tarawih di masjid tersebut.

Free Traffic Exchange