Rayu K'jaan PH teruskan amalan duit raya peneroka Felda - MPNF

2019-05-10 1

Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) merayu kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk terus memberi 'duit raya' atau bantuan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini kepada peneroka Felda.

Pengerusinya, Datuk Mazlan Aliman berkata, hal itu susulan pendapatan peneroka yang tidak stabil mengikut harga komoditi kelapa sawit semasa di samping kos sara hidup yang semakin meningkat.


Jelas beliau, malah pemberian insentif itu menjadi amalan sejak 2011 bagi memberi galakan kepada golongan peneroka Felda.

“Saya ingin mengambil kesempatan merayu kerajaan PH memberi bantuan ‘duit raya’ seperti amalan kerajaan sebelum ini yang menghulurkan bantuan sebanyak RM400 kepada setiap peneroka. MPNF yakin keprihatinan kerajaan hari ini dapat berikan (bantuan) seminggu sebelum raya.