Membanggakan! Pelajar Malaysia terima pengiktirafan tertinggi di Pennsylvania State University

2019-05-08 5,261

PUTRAJAYA 8 Mei - Seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

JPA dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences', di Pegula Ice Arena pada Jumaat lalu.