Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata pihak berkuasa masih memburu ahli perniagaan kontroversi Jho Low walaupun sudah menjual kapal layar mewah, Equanimity yang didakwa diperolehi melalui dana 1MDB yang diselewengkan.
Dr Mahathir ditanya sama ada pihak berkuasa Malaysia terus memburu Jho Low kerana kerajaan telah menjual kapal mewah itu dan memperoleh sebahagian daripada dana 1MDB, yang didakwa disalahgunakan.
Dr Mahathir berkata demikian dalam temubual media khas di Putrajaya petang ini.