Jakim dengan kerjasama beberapa pihak telah melancarkan kempen Ramadan Tanpa Pembaziran, baru-baru ini. Kempen ini sangat penting kerana setiap kali bulan Ramadan sebanyak 18,000 tan makanan terpaksa dibuang berbanding hari biasa iaitu 15,000 tan. Daripada jumlah ini, sebanyak 3,000 tan merupakan makanan yang masih boleh dimakan tetapi dibuang, ini merupakan satu pembaziran dan tidak sewajarnya berlaku dalam kita untuk mendapatkan nilai takwa sepanjang bulan ini, takwa bukan hanya dengan memperbanyakkan amalan tetapi tidak melakukan pembaziran juga merupakan nilai takwa kerana membazir merupakan sifat syaitan.