Jet penumpang Rusia terbakar, 41 maut

2019-05-06 9,651

Seramai 41 penumpang terkorban pada Ahad ketika sebuah jet penumpang Rusia membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Moscow, disusuli api yang marak dan diselubungi asap hitam tebal.

Pesawat terbabit dipercayai jenis Sukhoi Superjet-100 itu membuat pendaratan cemas tidak lama selepas terbang dari Sheremetyevo dan pulang semula ke lapangan selepas 27 minit di atas udara.


Memetik agensi berita tempatan, jurucakap pihak berkuasa Rusia melaporkan bahawa 40 penumpang dan satu anak kapal terkorban. Terdapat 78 orang di dalam pesawat itu.

Video tular di media sosial menunjukkan penumpang melarikan diri dari pesawat pada slaid keluar ketika mendarat di lapangan terbang Sheremetyevo.