RANTAU - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan yang terbaik kepada Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang akan bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Mohamad diminta mengulas mengenai berita mengenai rombakan yang akan berlaku dalam kerajaan Johor.
Malah terdapat juga desas-desus menyebut kedudukan Osman sebagai Menteri Besar turut terancam.
Dipercayai rombakan dalam kerajaan Johor akan dibuat tidak lama lagi tetapi masih tidak pasti jika perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat berkenaan.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv