Pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berlangsung hari ini dan dijangka sejumlah 858 pengundi menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat di kawasan tersebut pagi ini.
Kesemua pengundi awal merupakan anggota Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mengundi di Pusat Mengundi di Dewan Serbaguna Batallion 4 PGA Semenyih (761 orang) dan Discress Room, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang (97 orang).
Manakala sebahagian lagi iaitu 93 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis PGA telah mengundi secara pos.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv