SEMENYIH – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setiap kawasan yang ditandingi Barisan Nasional (BN) menawarkan cabaran tersendiri, justeru pihaknya akan memberikan yang terbaik untuk mengulangi kemenangan Semenyih dan Cameron Highlands di Rantau pula.
Bercakap dalam sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN, Zakaria Hanafi bagi PRK Semenyih, Mohamad yang kini menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO menyorot peribahasa Melayu: “Kita tak sebut kita yakin, kita akan cuba. Lain padang lain belalang kan. Lain permainan lain padang dia.”
Beliau berkata, senario di Semenyih, Cameron Highlands dan Rantau adalah tiga cabaran berbeza.
Di Semenyih, katanya, seolah-olah Pas yang bertanding kerana digasak sebegitu tetapi UMNO sebagai calon langsung tidak disebut-sebut.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
#malaysiagazette #mgtv