TERKINI : IOJ Sambut Tahun Baharu Cina Bersama Gelandangan

2019-04-23 2

KUALA LUMPUR – Prihatin dan kasih kepada gelandangan, Institut Onn Ja’afar (IOJ) menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina bersama golongan itu hari ini.

Bukan sahaja makanan, pakaian serta tajaan ang pau malah persembahan tarian naga yang menjadi tradisi masyarakat Cina juga dipersembahkan kepada 200 gelandangan.

Menariknya, selain IOJ, program itu turut mendapat kerjasama daripada 20 sukarelawan dalam kalangan pelajar dari Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya (CUCMS) dan juga sebuah badan amal, Gombak Food Delivary Prihatin.

Ketua Pegawai Eksekutif IOJ, Charles Mohan berkata, inisiatif dengan tema ‘Jom CNY’ merupakan tahun ke-4 diadakan bagi gelandangan sekitar Kuala Lumpur kerana tidak mahu kumpulan ketinggalan ketika sambutan perayaan.

Katanya, pihaknya komited bukan sahaja ketika musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina sebaliknya setiap keraian dan hari-hari penting akan sentiasa disambut bersama golongan tidak berkemampuan itu.

“Mereka tidak sepatutnya dilupakan, sebagai masyarakat majmuk, kita sambut semua perayaan semua kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang. Sambutan-sambutan seperti ini perlu diraikan oleh semua termasuk golongan tidak berkemampuan.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv