TERKINI : "Jangan Nak Jadi Wira dan Wujudkan Provokasi Berkaitan Agama" - Zahid Hamidi

2019-04-23 0

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Menteri-menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) agar tidak menggunakan kedudukan mereka untuk mencetuskan provokasi berkaitan agama.

Katanya, ada menteri yang bertindak menjadi wira dalam isu berkenaan dan bertindak segera dalam menyelesaikan permasalahan ini daripada terus memburuk.

“Jika portfolio yang di pegang adalah untuk tujuan menunjukkan perpaduan tetapi jangan kedudukan ini dijadikan suatu tempat untuk menunjukkan provokasi kepada penganut agama lain.

“Saya harap keharmonian agama perlu kekal, ikut peraturan dan penguatkuasaan hendaklah dijalankan secara berhemah supaya tidak timbul masalah keharmonian yang wujud sejak merdeka,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv