KUALA LUMPUR – Lebih 100 buah laporan polis telah dibuat ke atas Menteri di Jabatan Perdana, P. Waytha Moorthy yang disifatkan menyebarkan agenda perkauman sehingga menganggu gugat keharmonian negara ini.
Malah tindak tanduk Waytha Moorthy itu dianggap tidak layak menerajui kabinet kerajaan Pakatan harapan (PH) kerana cuba membawa masuk fahaman ektremis Hindraf.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi, pihaknya bukan berniat untuk mendapatkan publisiti murahan atau mencari kesalahan kerajaan yang ada kini sebaliknya berpendapat Waytha adalah ‘masalah’ dan perosak kepada perpaduan negara.