Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan diberi tanggungjawab menghidupkan kembali Kempen Membaca Kebangsaan sebagai salah satu usaha bagi memartabatkan bahasa Melayu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pihaknya berharap rakyat Malaysia akan dikenali sebagai masyarakat dan rakyat paling ramai membaca di dunia pada tahun 2030.
Selain itu, jelas beliau, kerajaan turut menggalakan setiap pelajar menguasai bahasa asing sebagai nilai tambah untuk meningkatkan ilmu dan memenuhi keperluan kerjaya.
“Walaupun pelajar diberi penekanan kepada penguasaan bahasa Inggeris, mereka juga digalakan menguasai bahasa tambahan yang lain seperti bahasa Mandarin, Tamil, Arab, Jerman, Perancis dan bahasa antarabangsa serta bahasa ibunda lain.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com