Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin berpendirian tindakan kerajaan mengusulkan dirinya dihadapkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung kenyataan kontroversinya di Dewan Rakyat sebagai tidak wajar.
Jelasnya, isu sepatutnya tidak dipanjangkan kerana beliau telah membuat permohonan maaf dan menarik semula perkataan kasar yang digunakannya.
“Saya merasakan janggal sekali di Dewan Rakyat hari ini sebab kerajaan sendiri tidak mengiktiraf keputusan speaker. Kerajaan nak melangkaui speaker dalam Dewan Rakyat ketika ini.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com