KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kehadiran Datuk Seri Najib Razak pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis adalah jemputan daripada calon BN sendiri.
Katanya ia berdasarkan semakan dengan calon PRK tersebut, Datuk Lokman Adam yang bertindak menjemput sendiri Najib bagi menghadiri sesi kempen di kawasan berkenaan.
“Saya telah lakukan semakan dan calon sendiri yang telah menyatakan kehadiran Najib.
“Tentunya calon mempunyai niat yang baik, apapun pandangan daripada pihak yang berbeza kita harus berlapang dada dan berfikiran terbuka,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Ahmad Zahid memberikan respon terhadap pandangan terbuka bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com