TERKINI : "Tangani Setengah Juta Suspek Hepatitis C" - Dr. Dzulkefly

2019-04-23 2

Kira-kira setengah juta orang di negara ini merupakan suspek Hepatitis C dan memerlukan saringan, ujian pemeriksaan beserta rawatan segera.

Bagaimanapun, kelompok berjumlah besar itu masih gagal menyedari risiko hepatitis C yang dimilikinya sehingga menjadi beban sosial yang harus ditangani secara serius, menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad hari ini.

Ujar beliau, kajian pada 2009 menunjukkan lebih 400,000 orang rakyat hidup dengan risiko Hepatitis C dan 2.5 peratus daripadanya merupakan dewasa berumur antara 15 hingga 64 tahun.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com