TERKINI: "Minuman Berjenama Diisi Dadah?" - Jenayah Narkotik Bukit Aman

2019-04-23 4

Polis mengesan sindiket dadah menggunakan sebanyak 30 jenis jenama terkemuka minuman kegunaan harian yang dipaket semula dengan empat jenis dadah diedar di pusat hiburan dan parti liar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, penemuan itu dikesan susulan hasil serbuan operasi yang dilakukan sejak tahun 2016.

Katanya, beliau menyatakan kerisauan bahawa strategi modus operandi baharu berkenaan yang dikesan digunapakai sindiket dadah itu mungkin akan berleluasa ke sekolah dan kilang jika tidak bertindak dari sekarang.

"Kegiatan demikian rupa didalangi warga tempatan takut menular ke premis tumpuan orang awam dan masyarakat biasa pelbagai peringkat umur yang membeli produk itu.

"Hasil serbuan kita ke tempat tempat hiburan dan parti liar ini banyak melibatkan pengguna dan pengunjung peringkat umur remaja.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com