Sambutan rasmi Hari Kebangsaan 2018 beserta perbarisan akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos ini.
Manakala bulan sambutan Hari Kebangsaan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 4 Ogos di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, sambutan bulan Merdeka dan mengibarkan Jalur Gemilang adalah bermula 3 hingga 5 Ogos di Padang Kota Lama di negeri Pulau Mutiara yang dipilih sebagai tuan rumah sambutan kali ini.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com