Felda Global Ventures Holdings Bhd. menjalani proses penjenamaan semula kepada FGV Holdings Bhd. selepas 99 peratus pemegang saham memberikan persetujuan dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) hari ini.
Pengerusinya, Datuk Azhar Abd Hamid berkata, selama ini terlalu banyak kekeliruan yang timbul kerana syarikat perladangan kelapa sawit terbesar Malaysia itu sering disalah ertikan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sedangkan kedua-duanya adalah dua entiti berbeza.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com