Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa beliau tidak tahu mengenai beberapa insiden ganas yang didakwa melibatkan penyokong Pakatan Harapan (PH) di Johor.
Ketika ditanya mengenai perkara itu, beliau yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Pandan berkata, perkara itu diserahkan kepada pihak polis jika ia benar-benar berlaku.
“Saya tak tau pasal tu, biar polis yang siasat.
“Setiap kali PRU kita katakan kepada penyokong, no violence (tiada keganasan). Dalam pilihan raya kali ini kita sangat berhati-hati dan memang tak beri (tak benarkan penyokong berbuat kasar),” katanya ringkas.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com