Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9.40 pagi.
Beliau yang hadir dengan menaiki kereta Toyota Vellfire bernombor plat QMN11 diringi masuk oleh pengawal keselamatan SPRM.
Sebaik tiba beliau memasuki perkarangan SPRM untuk diambil keterangan.
Dalam pada itu berlaku insiden tolak menolak antara jurukamera dan jurufoto dengan pengawal keselamatan Najib.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com