KUALA LUMPUR - Polis Di Raja Malaysia memburu seorang lelaki yang yang dipercayai menendang pengguna di jejantas Bank Negara, Kuala Lumpur.
Dalam satu video tular, lelaki berkenaan menendang seorang wanita hingga jatuh tersungkur ke tangga bawah jejantas tersebut.
Kejadian seumpama itu juga, yang turut melibatkan suspek berkenaan, dilaporkan sudah berulang untuk kali kedua.-MalaysiaGazette