Dalam siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini oleh Kementerian Kewangan, Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan secukupnya di Daerah Sandakan agar pembangunan ekonomi terus berkembang sebagai salah satu pusat perniagaan yang berdaya maju di sebelah timur Negeri Sabah. Peruntukan Pembangunan yang telah
disediakan oleh Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM183 Juta bagi tahun 2019 bagi membiayai lebih daripada 49 projek dan program yang sedang dan akan dilaksanakan dengan jumlah kos keseluruhan mencecah RM2.28 Bilion.
Antara projek yang dikenal pasti bagi manfaat rakyat adalah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Anip di Daerah Sandakan yang dianggarkan bernilai RM40 Juta, bakal memperbaiki sistem saliran dan menaiktaraf sungai di Sandakan.
Kerajaan juga telah meluluskan projek pembesaran Lapangan Terbang Sandakan bernilai RM80 Juta melibatkan antara lain pemanjangan landasan dan penambahbaikan bagi
meningkatkan keupayaan lapangan terbang tersebut