Najib ulas k'jaan tukar Permata ke Genius

2019-04-17 332

Bekas perdana menteri Najib Razak mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya mengiktiraf program Permata yang selama ini sering dipolitikkan.

Najib berkata demikian mengulas langkah kerajaan menukar nama program pendidikan awal kanak-kanak Permata kepada Genius.

Semalam, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengumumkan penjenamaan semula Permata dengan beberapa programnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti.