Displin penyokong parti politik kurang memuaskan

2019-04-16 19

Disiplin penyokong parti politik pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, hari ini, kurang memuaskan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata ini kerana masih terdapat beberapa barong yang didirikan berhampiran pusat mengundi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembinaan barong di sekitar pusat mengundi bagi menyemak saluran pengundi yang ingin mengundi.