MB Johor mula tugas

2019-04-15 2,309

Menteri Besar Johor yang baru dilantik, Dr. Sahruddin Jamal memulakan tugasan rasminya pagi ini di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad Kota Iskandar.

Ketibaan beliau disambut penjawat awam negeri sebelum simbolik penyerahan tugas daripada Datuk Osman Sapian.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk A. Rahim Nin dan beberapa Exco negeri.

Semalam, Dr. Sahruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong dilantik sebagai Menteri Besar Johor bagi menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan pada 8 April lalu.

Free Traffic Exchange