Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima menghadap bekas Menteri Besar Johor Osman Sapian, hari ini di Istana Pasir Pelangi, di Johor Bharu.
Menurut catatan dan gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor, pada pertemuan bersama baginda itu, Osman menyembah maklum mengenai peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Johor.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Azmi Rohani.
Sebelum ini, Osman yang juga Pengerusi Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) Johor, Isnin lalu menyerahkan dua surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam satu pertemuan di Putrajaya. - Bernama