Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan mengisytiharkan perang terbuka terhadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung tegurannya di media sosial.
Syed Saddiq mengulas pertanyaan pemberita berhubung Dewan Muda Johor di Facebooknya menyifatkan Syed Saddiq mengisytiharkan perang terbuka kepada Tunku Ismail ekoran teguran Ahli Parlimen Muar itu terhadap TMJ di media sosial.