Tiada diskaun saman AWAS walau dalam kecemasan - Timb Menteri

2019-04-09 27

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaafar menegaskan secara dasar tiada pengurangan saman kamera AWAS walaupun dalam keadaan kecemasan.

Sebab utama menurut Kamaruddin ialah untuk mendisiplinkan pengguna di jalan raya dan juga untuk memastikan tiada sikap untuk melengahkan pembayaran bagi menunggu diskaun.

Namun menurut Kamaruddin, bagi pengguna yang menghadapi kes-kes kecemasan, mahkamah pastinya akan mengambil kira alasan tersebut yang kemudiannya akan membuat keputusan yang sewajarnya.

Kamaruddin menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohamaed Said yang bertanya jika terdapat pengurangan saman kamera AWAS bagi pengguna yang mempunyai kes kecemasan.

Free Traffic Exchange