Sekumpulan penyokong Datuk Seri Najib Razak melaungkan 'bossku' beberapa kali untuk memberi semangat kepada bekas perdana menteri itu menghadapi perbicaraan hari ini.
Najib Razak hari ini akan menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan jenayah yang dikaitkan dengan SRC International Sdn Bhd pada jam 2 petang ini.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia bekas perdana menteri berada dalam kandang tertuduh dalam perbicaraan jenayah. Kebetulan, Najib dilantik sebagai perdana menteri keenam Malaysia pada tarikh hari ini, 10 tahun lalu.