Kerajaan akan mendapatkan input dari negara luar termasuk Perancis dalam menggubal Rang Undang-undang Pembaziran Makanan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata Perancis merupakan antara negara paling ke depan dalam undang-undang seperti itu yang turut mengawal selia program Food Bank.
“Rang udang-undang ini akan menggabungkan pengalaman negara lain untuk dibentangkan pada hujung tahun ini,” katanya menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) mengenai usaha kementerian untuk mengatasi masalah pembaziran makanan di setiap peringkat di Dewan Rakyat hari ini.
Pada 2 Dis lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata kerajaan bercadang menggubal Akta Pembaziran Makanan yang dilihat penting dalam usaha kerajaan mengelakkan tabiat pembaziran makanan dalam kalangan rakyat.Kerajaan akan mendapatkan input dari negara luar termasuk Perancis dalam menggubal Rang Undang-undang Pembaziran Makanan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata Perancis merupakan antara negara paling ke depan dalam undang-undang seperti itu yang turut mengawal selia program Food Bank.
“Rang udang-undang ini akan menggabungkan pengalaman negara lain untuk dibentangkan pada hujung tahun ini,” katanya menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) mengenai usaha kementerian untuk mengatasi masalah pembaziran makanan di setiap peringkat di Dewan Rakyat hari ini.
Pada 2 Dis lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata kerajaan bercadang menggubal Akta Pembaziran Makanan yang dilihat penting dalam usaha kerajaan mengelakkan tabiat pembaziran makanan dalam kalangan rakyat.