Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perjuangan Umno dan PAS merupakan jihad untuk menumbangkan kerajaan yang anti islam kepada kerajaan islam dan melayu.
Ismail yang berucap dalam program Pidato Himpunan Ummah Selangor di Sabak Bernam malam tadi turut berkata jika Umno dan PAS terus bekerjasama mereka mampu menawan kembali hampir keseluruhan negeri yang ada.