ALOR SETAR 22 Mac - Kira-kira 50,000 orang penduduk di kawasan Merbok terjejas teruk berikutan krisis bekalan air yang melanda daerah itu sejak hampir sebulan lalu.
Sambil menyifatkan krisis tersebut sebagai paling buruk sejak 20 tahun lalu, Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Sanusi Md. Nor menggesa kerajaan segera membina Loji Rawatan Air (LRA) di Bukit Selambau.
Katanya, pembinaan loji tersebut sahaja dilihat sebagai langkah paling berkesan untuk menyelesaikan masalah itu khususnya apabila negeri ini dilanda musim kemarau seperti sekarang.